Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Sunday 20 January 2013

Kisah Seram Di Polimas Dan Rumah Sewa !

Hye.
Kita berjumpa lagi.
Hari ni aku nak cite pengalaman aku sendiri.
Aku ni baru SEMESTER 1 kat Polimas, Jitra.

Here we go.
Aku nak cita nieh.
LISTEN !! LISTEN !! LISTEN !! LISTEN !!

(1) Asrama Polimas.

Hari tu hari ketiga aku stay ASRAMA lepas daftar masuk POLI.
Biasa time tu aku masoh NEWBIE lagi kat POLIMAS.
Budak baru masuk POLI la katakan.

Time tu pukul 12.05 malam kalau tak silap.
Kami kena join minggu MSK. Pastu semua student wajib stay ASRAMA "6" hari.
Semua pelajar ada kat Pusat Islam POLIMAS untuk ambek baju yang POLIMAS sponser.
Lepastu abang-2 FASI suruh pelajar beratur ikut kos.
Kebetulan pulak aku ni jadi orang first yang beratur. Duduk paling depan skali pulak tu.

Disebabkan aku orang first yang ambek baju, so aku kena naik ke asrama lepas ambek baju.
Aku dengan muka berani dan bangga naik ke asrama. Bilik aku duk tingkat 4 pulak tu.
Aku buat muka DONNO naik tangga pegi tingkat empat.
Seriously, time naik tangga tu bulu roma aku menegak doe.
Aku orang first naik ASRAMA BLOK "E" tu ha.
Orang lain tak naik lagi. Semua ada kat Pusat Islam lagi.

Aku pun pegi bilik aku.
Time bukak pintu bilik tu memang aku tak rasa apa-apa lagi.
Bila aku masuk dalam bilik tu, aku rasa lain macam.
Aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku time tu.
Terpaksa aku beranikan diri untuk masuk bilik.

Masa aku buka almari baju dalam bilik aku tu.
Aku rasa tak sedap hati wey.
Aku rasa macam ada something dekat tingkap.
Aku pun buat bodoh je lah sebab aku pikir tu semua "khayalan" aku je.
Tapi bila aku tengah kemas barang dalam almari aku tu, aku rasa macam kelibat luar tingkap bilik aku.
Benda tu macam skali lalu je. Memang laju sepantas kilat wey.
Memang aku rasa tak sedap hati time tu. Dah la Roommate aku balik rumah.
Tinggal aku sesorang dalam bilik tu haa. Bila jadi camtu, aku terus keluar bilik lepak kat koridor tunggu kawan aku yang lain naik. Lepas tu, aku ajak kawan aku tidur bilik aku malam tu.
Kebetulan pulak, roommate kawan aku tu kena tindih dengan makhluk mana tah hari kedua kami stay kat asrama. Haaaa. Sampai situ saja cita aku untuk kejadian kat asrama.

(2) Rumah Sewa.

Lepas aku habis minggu MSK kat poli tu. Aku buat keputusan untuk tinggal kat luar.
Aku dengan 5 orang lagi kawan aku duduk rumah sewa kat Taman Mahsuri, Jitra, Kedah.
Sepanjang 3 minggu aku kat rumah sewa memang aku tak rasa apa-apa lagi.
Tapi minggu lepas dalam pukul 5 ptg, masa tu tinggal aku dengan 2 orang kawan aku je kat rumah.
Tapi 2 orang kawan aku tu tidur dalam bilik tak ingat dunia tahap gaban. Tinggal aku sesorang je yang berjaga time tu. Kebetulan pulak aku tutup pintu rumah, tingkap. So, macam terkurung lah kami dalam rumah tu.  Aku pulak tengah boring so aku main PS jap kat ruang tamu. 
Time aku tengah kusyuk main PS tu, aku dengar bunyi something macam tengah ketuk-ketuk lampu kalimantang. Time tu aku tak buka lampu pun sebab awal lagi. Bila aku tengok lampu tu, tak bunyi pun.
Then aku pun sambung main, pastu dia bunyi lagi. Aku tengok lagi lampu tu, tapi bunyi tu hilang. Aku sambung lagi main PS, benda tu bunyi lagi. Bunyi dia macam dia guna kuku untuk ketuk lampu tu.

Lepas 5 minit, bunyi tu hilang. Aku ingat benda dah settle, rupanya aku dengar bunyi benda lain pulak.
Bunyi tu macam datang dari bilik belakang dekat dapur rumah sewa aku tu. Bunyi dia aku tak dapat nak jelaskan wey. Bunyi dia pelik sangat. Macam orang cakap "HOII" pun ada. 
Macam orang tengah sembang pun ada. Aku tak dapat nak explain macam mana bunyi dia.
Memang seram gila doe time tu. Aku memang tak ingat apa dah time tu. Aku terus baca ayat kursi berulang kali. Alhamdulillah, lepas aku baca ayat kursi, bunyi tu makin lama makin hilang dan terus hilang.

Aku tak cakap lagi pasal ni dekat kawan-kawan aku.
Lagi pun kami nak pindah rumah sewa baru dah.
Maybe 1 FEBRUARI kami akan pindah masuk rumah sewa baru.

Akhir kata.
Cari rumah sewa tu betul-betul.
Jangan main tangkap muat je kay.
Jangan biarkan diri anda diselebungi misteri.

10 comments:

  1. Saya pun ada kisah seram di asrama Polimas.

    Waktu tu POLIMAS hanya ada 3 asrama lelaki dan 1 asrama perempuan. Saya tinggal di Blok A, bilik 218 kalau tak salah. Waktu cuti semester, saya satu-satunya pelajar yang pulang ke asrama 3 hari lebih awal dari pelajar lain. Dua malam saya kena ganggu oleh makhluk menyerupai wanita berpakaian merah yang masuk ke bilik saya waktu malam. Alhamdulillah tak terjadi apa-apa. Dia hanya ingin 'tumpang tidur'.

    Kisah saya kena ganggu ni hebuh sampai satu asrama. termasuk di kalangan pensyarah dan pegawai keselamatan. Namun kisah ini dah lama berlaku, kira-kira 12 tahun yang lalu.

    Salam kenal dari abang senior.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang punya cerita lagi seram nih. Ahhhhhh. Tapi saya pernah jadi macam kes abang ni. Cuma yang membezakan cerita abang dengan saya ni pasal perempuan yang masuk bilik abang. Makhluk yang masuk bilik saya tu menyerupai kawan saya. Sumpah sama siot. Macam ni abg, nanti saya post kisah ni pulak kat blog ni. Saya akan cerita semua yang terjadi malam tu.

      Salam kenal jugak dari saya.

      Delete
    2. Kat asrama polimas 1 bilik berapa orang?? N sampai bila kita kena duduk asrama?? Means bila nak kene keluar duduk rumah sewa?

      Delete
    3. Kat asrama polimas 1 bilik berapa orang?? N sampai bila kita kena duduk asrama?? Means bila nak kene keluar duduk rumah sewa?

      Delete
  2. salam ni nak share pgalaman jugak kt polimas tu. masa tu baru habis rokol lbih kurang kul 2 baru dpt naik bilik masing2 time tu aku duk kt blok A asrama prempuan and masa tu aku sem 1 sesi jun 2013. haha. time aku nk lelap mata dlm kul 3 cmtu tiba tiba... ada satu suara prempuan mengilai smbil menangis2 weyyy! dia lalu kt blkg blok aku pastu makin lama suara dia makin jauh mungkin dia pusing blok lain pulak kut. aku ngn roomate aku diam je tk ckp pe trus tarik slimut pejam mata baca apa yg ptut. prasaan time tu Allah je tahu. aku kuatkan smgt aku. aku tny sahabat baik aku kt blok A gak tp bilik lain. dia pun dgr gak. aku taktau la kot2 yg sama batch dgn aku time tu ada dgr bunyi mengilai tu ke tak sbb aku tk brani nk bukak mulut kt org lain atas sebab aku tknk bsr2 cerita la. aku ni bdn lemah mudah kena smpuk so aku diam jelah smpai skrg walaupun sem depan aku nak masuk ostel balik. aaa shit. hahaha. ha tu je la aku nk share. tq ye. takut kan cerita aku ni

    ReplyDelete
  3. Tak pelik pun, sape intake 2011 tau sorang budak alim dahi hitam kena kacau ngan ratu jin kat polimas ni.. Kena kacau time solat kat pusat islam tu, dengar cite ratu jin tu suka budak tu sebab budak tu alim.. Budak tu senior aku setahun.Orangnya baik.Sedangkan ratu pun lepak situ apatah lagila bala n kuncu2 die.. Korang kena kacau ngan geng die ar tu.Haha.
    P/s: Bukan cerita sembang, tak caye tanye Ustaz, lecturer o senior korang x pun geng RAPI.Salam

    ReplyDelete
  4. Slm... korng semua bekas polimas ke... nak tanya.... dulu kat kamsis polimas kan ada dua jenis, kamsis lama dan kamsis baru.... kamsis lama tu dh jd apa ek ( polimas student 2003)
    Mmg bnyk cerita seram kat sana.... tapi ada 1 cerita yg sgt seram before 2003 kat kamsis lama lelaki.... siapa yang tahu..... info skit .. ,(dh lupa, sbb dh lama)

    ReplyDelete
  5. Slm... korng semua bekas polimas ke... nak tanya.... dulu kat kamsis polimas kan ada dua jenis, kamsis lama dan kamsis baru.... kamsis lama tu dh jd apa ek ( polimas student 2003)
    Mmg bnyk cerita seram kat sana.... tapi ada 1 cerita yg sgt seram before 2003 kat kamsis lama lelaki.... siapa yang tahu..... info skit .. ,(dh lupa, sbb dh lama)

    ReplyDelete
  6. Boleh saya tahu no rumah sewa tu saya pon sewa rumah dekat taman mahsuri

    ReplyDelete

KakiBlog