Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Saturday, 19 January 2013

UiTM Lendu, Melaka Berhantu ?

Haaaaaa.
Amacammm.
Terkejut tak aku update blog.
Hari JUMAAT, SABTU, AHAD cuti.
Dah tentu-2 lah aku update blog.

Okeh.
Aku bukan nak cite pasal cuti ke apa.
Tapi nak cite pasal UITM LENDU yang hangat dibicara di TWITTERRR.


Cetengok betul-2.
Ni gambar kat Jambatan Tasik Tun Fatimah.

Aku bukan tau sangad cite UiTM LENDU nieh.
Tapi bila baca satu blog nieh, baru aku taw cite sebenar.
Memang seram jugak ah time aku baca blog tu.
Dah la aku baca cite hantu, pukul 12 tengah malam pulak tu.

Meh sini aku cite.
Listen Listen Listen Listen Listen.
Aku nak cite nieh.
Here we go.

Sebenarnya hampir setiap malam akan berlaku 3 kejadian serentak.
(1) Barang hilang. (2) Kena pukau. (3) Kena rasuk.

(1) Barang hilang.
Ketika masuk ke dalam asrama, keadaan baik-2 je.
Tetapi kemudian anda akan berfikir satu barang hilang.
Kemudian ada barang telah hilang dari bilik anda.
Kemudian anda rasa hampir semua barang dalam bilik hilang.
Dan akan ada satu nota mengatakan "Nantikan ketibaan saya di Kolej-Kolej lain"
Kolej bermaksud asrama/bilik,

(2) Kena rasuk.
Rasuk bermaksud something telah masuk dalam badan kta atas sebab untuk menyakiti kita
dan orang sekeliling kita disamping pergunakan badan kita untuk melakukan pelbagai perkara.
Budak UiTM LENDU ni mula dirasuk dan dilihat pelajar tersebut mula menari, menyanyi, ketawa dan menjerit serta berjalan sana sini. Apabila perkara rasuk ni berlaku, banyak student cuba duduk dalam bilik dan buka audio SURAH YASSIN. Kemudian mereka mendengar ada something menjerit di luar tingkap seolah-olah cuba menghalang surah YASSIN tersebut dibacakan. Apabila mereka menutup audio SURAH YASSIN, jeritan tersebut berhenti serta merta dan apabila mereka membuka balik audio SURAH YASSIN, benda tu menjerit lagi. Mereka cuba tanya senior mereka cara untuk menghalang gelaja rasuk nie dari terus menjadi. Senior tersebut cakap "teruskan membaca SURAH YASSIN dan abaikan segala bunyi-2 yang menyeramkan itu atau tumpang bilik kawan. Ada masa ketika hendak menutup mata, tiba-2 bunyi seperti orang mencakar tingkap sedangkan mereka berada di tingkat 3. Ada ketika terdengar bunyi ketukan dari bawah katil. Ada jugak budak dari asrama lelaki dirasuk dan boleh melompat/terbang dari tingkat dua. Kadang-2 mereka mendengar tepukan. Hanya satu tepukan. Berlaku dalam jangka masa yang lama. Seterusnya mereka rasa ada 2 angin kencang bertiup dari arah yang berlainan dan terus BAMMMM !!
Tiba-2 pintu bilik terbuka dengan sendiri seolah-2 ditendang oleh sesuatu. Mereka tidak berani keluar dari bilik sebab kejadian tersebut berlaku sekitar mereka dan benda itu menunggu mereka keluar. Mereka melihat ada orang menari-2 diluar tingkap sedangkan mereka berada di tingkat 3. Paling teruk berlaku ketika hari khamis malam jumaat baru-2 nieh. Hampir setiap asrama berlaku kejadian nieh. Mereka cuba membaca YASSIN tiba-2 ada 3 orang menjerit seperti mengerang kesakitan secara serentak. Ramai student UiTM LENDU meluahkan perasaan takut mereka di TWITTER dengan mengatakan mereka tidak boleh tido akibat bunyi dan suara menyeramkan.

(3) Kejadian Pukau.
Benar-benar mengecewakan.
Akan ada penceroboh cuba mengetuk pintu mereka.
Pada masa itu, mereka akan berjabat tangan dan mengetuk bahu.
Pada saat itu, badan mereka sudah terkunci. Setelah 10 minit, mereka tersedar mereka telah keluarkan wang RM700 dari bank mereka. Sehingga kini mereka tak tahu sampai bila kejadian nieh akan berakhir.



Haaaa.
Amacam.
Takut lettew.
Korang jangan takut.
Allah sentiasa bersama  kita jika kita sentiasa ingat Allah.

Pape pon cite pasal UiTM LENDU ni memang creepy.
Tak tido malam aku hari tu kes baca cite UiTM LENDU time tengah malam.

Sampai sini saja aku update.
Nanti kalau ada story, aku update lagi eh.

2 comments:

  1. wahh semua cakap takleh tido, bulu roma meremang bila baca cerita kat blog tu. tapi aku tak rasa pape pon.. hmmm

    ReplyDelete
  2. Kau kena baca time pukul 12 tengah malam. Stay dalam bilik sesorang dan off lampu. Time tu kau akan rasa mcm ada benda tengah tengok kau. Seram doe.

    ReplyDelete

KakiBlog