Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Wednesday, 28 November 2012

Kos Kejuruteraan Awam Terpaksa Kutempuhi

Assalamualaikum.
Amacam ?
Sihat ?

Hari ni aku busy gila.
Pagi aku keluar, petang pukul 5 lebih baru balik.
Habis lenguh-2 badan aku ni haa.

Pagi tadi aku jumpa cikgu untuk mintak cop pengesahan.
Aku ingatkan cikgu tu nak cop je tapi boleh pulak dia baca borang aku.
Dia baca satu persatu pulak tu.

Lagipun aku ni bekas pelajar sekolah tu.
SMK Tunku Abdul Rahman wooo.
Player pasukan BOLASEPAK KEDAH pernah training kat padang sekolah aku.
Kau ada ? Hahaha !!
Dia ada tanya aku ni kelas sains ke masa form 5.
Memang tak ah. Aku ni budak akaun masa form 4 and 5.

Pastu bila dia dapat tahu aku budak kelas akaun tapi dapat kos kejuruteraan awam.
Mulalah cikgu tu kasi ceramah kat aku panjang lebar macam kutbah.
Memang terpaksa ah aku dengar ceramah cikgu aku.
Tapi berguna jugak ah ceramah cikgu aku tu.

Dia suruh aku study hard bila dah masok POLI nanti.
Al maklumlah aku ni budak akaun tapi ambek kos kejuruteraan awam.
Memang aku kena study hard ah lepas nieh.

Tapi takpe sebab bila masok POLI nanti dia akan ajar dari awal bab.
Alhamdulillah, lega rasanya bila cikgu aku cakap camtu.
Pape pon aku memang kena rapat siot dengan pensyarah lepas nieh.

Kalau tak.
Memang kelaut ah point aku lepas nieh.
Doakan kejayaan aku.

Sayang uolls. Lulz ~

Tuesday, 27 November 2012

Harimau Malaya Tewas Ditangan Singapura !!

Apa dah jadi ?
Apa nak jadi ?
Tewas perlawanan pertama Piala AFF Suzuki.

Kami dah muak.
Kami dah muak dengan experimen.
Kami dah muak dengan ayat "Saya Kenal Pemain Saya"

Rajagopal buat semua penyokong Malaysia frust menonggeng.
Main kat tempat sendiri tapi boleh kalah.
Kalah 0-3 pulak tu.

Kemon lah Malaysia.
Kemon lah Rajagopal.
Kembalikan sinar harapan kepada rakyat Malaysia.

Anda bawak nama Maaysia.
Anda bawak maruah Malaysia.
Tolong jangan main untuk individu tetapi bermainlah satu pasukan.

Semoga  ada sinar harapan ketika bertemu LAOS nanti.
Sokongan kami bukan ketika menang.
Sokongan kami adalah sepanjang zaman.

Malaysia.
Tanah airku.
Tanah tumpah darahku.



Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke AJL 27



Tahniah.
Tahniah.
Tahniah.

Tahniah kepada lagu-2 yang berjaya layak ke pusingan akhir AJL 27.
Aku memang tak boleh agak lagu mana akan jadi juara.
Aku cuma pilih lagu "Teman Pengganti" "Ombak Rindu" "Pelangi Senja" serta lagu
"Andai Ku Bercinta Lagi"

BERIKUT ADALAH 12 LAGU YANG LAYAK

01. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
02. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
03. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
04. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
05. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
06. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
07. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
08. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
09. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

Tuesday, 20 November 2012

Faizal Tahir Lelong Trofi Demi Membantu GAZA

Percaya atau tidak ?
Anda tetap kena percaya.
Sebab apa ?
Sebab Faizal Tahir sanggup jual semua trofinya demi membantu GAZA.

Dia berkata : Buat masa kini dia tidak peduli  kepada sesiapa pun sama ada mengundinya 
atau tidak pada Anugerah Shout Award 2012. Tetapi jika ada , dia mengucapkan terima kasih.


Dia berkata lagi : Berapa minit anda mengambil masa untuk mengundi beliau.Sejujurnya 5 minit.
Ok. Berhenti mengundi saya dan ambil masa itu untuk berdoa untuk GAZA.


Dia berkata : Dia menjual serta melelong semua trofi yang dia dapat untuk
mengumpul dana bagi membantu GAZA. Semua tropinya iaitu AIM, AJL, APM, ABPBH, dan semuanya.

Tahniah FAIZAL TAHIR.
Semoga niat murni anda dapat membantu meringankan beban saudara ISLAM kita disana.
"Save Palestine , Save Gaza"

Save Palestine , Save Gaza .

Ya Allah.
Bantulah kami.
Bantulah saudara ISLAM kami di Palestine.
Bantulah tentera ISLAM di Palestine.

Ya Allah.
Kau hancurkanlah bumi ISRAEL.
Kau binasakanlah orang-2 ISRAEL.
Kau berikanlah balasan kepada mereka secukupnya.


Ya Allah.
Kau kuatkanlah saudara ISLAM kami di sana.
Kau lindungilah saudara ISLAM kami di sana.
Kau berikanlah kekuatan kepada saudara ISLAM di sana.


Ya Allah.
Kami tidak sanggup lagi melihat kanak-2 tidak berdosa terkorban.
Kami tidak sanggup lagi melihat wanita dibunuh sekejam-2nya.
Kami tidak sanggup lagi melihat penderitaan saudara kami di sana.


Ya Allah.
Kami hanya mampu berdoa dari jauh untuk mereka.
Save Palestine.
Save Gaza.

Allahu Akhbar.

Sunday, 11 November 2012

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
All form about Polytechnic settle now.
Aku cuma tunggu masa untuk daftar masuk POLI je.

Gile nervous siot.
Camne aku tak nervous.
Ni first time aku aku masok POLI.
Baru masuk semester pertama.

Tapiiiiii.
Aku bersyukur sangat-2 sebab aku dapat POLI dekat dengan rumah.
Aku stay kat ALOR SETAR poli pulak kat JITRA.


Duhai POLIMAS !!
Aku Datang !!

Wednesday, 7 November 2012

Kejuruteraan Awam Pilihanku

Assalamualaikum.

Bulan ni memang aku busy gile.
Memang takda masa untuk aku rehat.
Tapi takpe la busy pun sebab demi masa depan aku jugak.

Alhamdulillah.
Aku baru dapat tawaran Politeknik.
Tapi aku memang tak sangka dapat tawaran kos Kejuruteraan Awam.


Seriously aku terkejut.
Aku ni bukan tahu sangat about Civil Engineering nie.
Lagipun aku ni bukan belajar kat sekolah TEKNIK pon dulu.
Aku sekolah kat Sekolah Harian biasa je.

But it's ok.
Walaupun aku blank pasal Kejuruteraan nieh.
Nanti bila aku dah masuk POLI nieh, boleh la aku learn pasal kejuteraan nieh.

Aku pilih Kejuruteraan Awam ni sebab peluang pekerjaan dia meluas.
So, bagi yang berminat nak jadi engineer tu.
Jangan lupa ambek kos Kejuruteraan Awam nieh.

GOODLUCK !!

KakiBlog