Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Monday 7 April 2014

Kedah dilanda musim bunga sakura

Assalamualaikum semua.
Untuk entry kali ni saya nak share pasal fenomena musim bunga di Kedah.
Sebagai orang Kedah, ceq qasa bangga la jugak baq hang sebab negeri ceq ada bunga ni.


Haaa. Nampak dak ? Cantik kan. Apa ? Korea ? Jepun ? Ehh. Bukan la. This Is DARULAMAN. Mohon jeles. Haha. Sebenarnya sekarang musim bunga spesis ni. Kita lebih suka panggil nama bunga ni bunga SAKURA kononnye. Hehe. Rasany bukan KEDAH je ada musim bunga macam ni. Negeri lain pun ada jugak bunga ni. Tapi tak sebanyak seperti di negeri Jelapang Padi. Rasanya musim bunga ni start 1/4/2014. Kalau tak silap bunga ni jadi setahun sekali ja.


Sebenarnya, bunga ni cantik sebab bunga dia yang banyak. Kadang kadang ada pokok ni penuh dengan bunga sampai daun dia pun tak nampak. Cantik sangat bila tengok dari jauh. Lagi satu, bunga ni nampak cantik bila dia tersusun rapat dengan pokok lain. Selang seli warna putih dan pink. Pehh. Cantik siot. Indah kan ciptaan Allah. Tiada apa pon yang boleh menandingiNya. 



Cantik kan ? Geramnya bila tengok lama lama. Rasa macam nak selfie atas pokok sekali dengan bunga. Haha. Kalau nak cari tempat yang banyak bunga bunga sakura ni. Saya syorkan pegi ke " Stadium Darul Aman, Masjid Al-Bukhari, Jalan Kuala Kedah, Jalan Anak Bukit, Jalan Gangsa serta Jalan Kuala Kedah-Yan  " . Boleh la stop tepi jalan. Berselfie dulu buat kenangan. Bukan selalu nak dapat rasa detik detik indah macam ni. Nanti menyesal pulak. Kempunan tak sudah. Alamatnya beli pokok ni tanam depan rumah la nampaknya. Dalam rumah pun boleh jugak sebenarnya. Haha. Jom. Saya kongsikan lagi gambar gambar fenomena musim bunga Sakura di Kedah.












Rasanya sampai sini saya entry saya kali ni.
Moga terhibur dengan bunga bunga ni.
Kalau nak tengok, mai la Kedah.
Kita jumpa lagi nanti.
Assalamualaikum :)

5 comments:

  1. Melawat, lawatan blogger.
    Hei, gambar saya ambil ada kat sini =)

    wah, cantiknya gambar. Saya juga ada gambar yang cantik pasal Sakura di Kedah (ada penambahan gambar).

    Sakura Malaysia meriahkan Suasana Negeri Kedah seperti berada di Korea dan Jepun


    ReplyDelete
  2. Ehh. Melawat je ke ? Ambil la satu bunga sakura bawak balek. Hehe.

    ReplyDelete
  3. kalau boleh bawa balik, saya dah ambik. Hehe

    ReplyDelete
  4. Mane nak dapat benih nie..akak nak tanam depan umh..sg buluh nursery ada ker

    ReplyDelete
  5. Kari Cash Casino - Karang Pintar
    Kari Cash Casino is located in Karang 샌즈카지노 Pintar, Thailand, and is 온카지노 offering high 제왕 카지노 roller casino games. Check the website for details on bonuses, promotions and

    ReplyDelete

KakiBlog