Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Monday, 14 April 2014

Politeknik Malaysia Terbaik

Assalamualaikum.
Hari ni entry saya pasal politeknik.
Nak menyangkal segala spekulasi buruk pasal politeknik.




Letih.
Letih dah dengar pasal orang yang benci poli ni.
Last sekali, bila ditakdirkan dia dapat poli, terus bebal.
Kononnya dia tak suka poli la, poli takde standard la or whatever jelah.

Meh sini nak ketuk kepala siket boleh ?
Kau tak masuk poli, boleh la kau cakap macam tu.
Kau tak tahu lagi apa kelebihan orang yang masok poli.
Saya tau lah sebab saya salah seorang pelajar politeknik.

Macam ni saudara saudari.
Politeknik ni satu medium untuk kita sambung study.
Politeknik ni salah satu IPTA, bukannya IPTS seperti yang disangka.
Politeknik di Malaysia menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% amali.

Inilah salah satu sebab pelajar politeknik mudah dapat kerja setelah dapat belajar.
Politeknik tak sama macam Universiti sebab politeknik mempunyai latihan industri/praktikal selama 6 bulan.
Disebabkan adanya "Praktikal" selama 6 bulan inilah syarikat syarikat memilih pelajar politeknik.

Saya dah tanya kepada kakak saya sendiri disamping abang ipar saya dan sepupu saya serta kawan.
Alhamdulillah, mereka cakap jangan risau, InsyaAllah lepas habis belajar, kau akan dapat keja sebab budak poli ni mudah dapat keja. Aku percaya cakap diorang sebab aku dah lihat sendiri diorang semua memang dah dapat kerja after 6 bulan tamat belajar. Tapi jangan lupa, rezeki ni Allah bagi. Kita kena bersyukur. 

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, setelah kajian dibuat, mereka dapati sebanyak 78 % pelajar politeknik yang berjaya menamatkan pengajian di politeknik berjaya mendapat kerja. Selebihnya berjaya menyambung dalam peringkat ijazah di Universiti Awam dan Swasta.

Apa ? Ingat kami ni lekeh sangat ? Ingat budak politeknik ni bodoh sangat ? Ingat budak politeknik ni takde "KURLASSSS" gitu ? Ingat budak politeknik ni takde masa depan ? Ingat belajar di politeknik ni NOOB sangat ke ? Ingat budak politeknik ni tak boleh bersaing dengan budak U ?

Kemon lah woii. Belajar kat mana mana pun sama je. Benda ni depend pada diri masing masing laa. Kalau kau rajin. Kalau kau belajar betul betul. Kat mana mana pun boleh berjaya. Kat Kolej Komuniti pun boleh berjaya. Kalau kau malas, kau study kat UKM, UITM, USM or whatever sekali pun, kau tetap xkan berjaya.

Apa yang best dok poli ni ? Okey. Macam ni. Sistem pembelajaran kat politeknik ni terbahagi kepada dua. Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir. Best masok poli sebab senang score. Markah PB ni 50 % then markah Final exam 50 % . Markah PB ni senang score. Markah PB ni berdasarkan " quiz, test, presentation, lab test and etc " . Sumpah saya cakap. Memang senang nak score markah PB ni. Tapi kena rajin siket je. Kalau markah PB kau tinggi, pastu kau score Final exam. Pehh. Meletop tiptop result kau. Serisu ni beb. Tak tipu okey. Lantak lah nak percaya ke tak.

Okey.
Setakat ni je entry saya kali ni.
Untuk student politeknik, don't worry be happy.
InsyaAllah lepas keluar nanti, kita ada jaminan untuk dapat kerja.
Satu je saya nak pesan, belajar rajin rajin, balas jasa parents kita yang dah banyak berkorban selama ni.

GOODLUCK semua :)
Assalamualaikum.

Monday, 7 April 2014

Kedah dilanda musim bunga sakura

Assalamualaikum semua.
Untuk entry kali ni saya nak share pasal fenomena musim bunga di Kedah.
Sebagai orang Kedah, ceq qasa bangga la jugak baq hang sebab negeri ceq ada bunga ni.


Haaa. Nampak dak ? Cantik kan. Apa ? Korea ? Jepun ? Ehh. Bukan la. This Is DARULAMAN. Mohon jeles. Haha. Sebenarnya sekarang musim bunga spesis ni. Kita lebih suka panggil nama bunga ni bunga SAKURA kononnye. Hehe. Rasany bukan KEDAH je ada musim bunga macam ni. Negeri lain pun ada jugak bunga ni. Tapi tak sebanyak seperti di negeri Jelapang Padi. Rasanya musim bunga ni start 1/4/2014. Kalau tak silap bunga ni jadi setahun sekali ja.


Sebenarnya, bunga ni cantik sebab bunga dia yang banyak. Kadang kadang ada pokok ni penuh dengan bunga sampai daun dia pun tak nampak. Cantik sangat bila tengok dari jauh. Lagi satu, bunga ni nampak cantik bila dia tersusun rapat dengan pokok lain. Selang seli warna putih dan pink. Pehh. Cantik siot. Indah kan ciptaan Allah. Tiada apa pon yang boleh menandingiNya. 



Cantik kan ? Geramnya bila tengok lama lama. Rasa macam nak selfie atas pokok sekali dengan bunga. Haha. Kalau nak cari tempat yang banyak bunga bunga sakura ni. Saya syorkan pegi ke " Stadium Darul Aman, Masjid Al-Bukhari, Jalan Kuala Kedah, Jalan Anak Bukit, Jalan Gangsa serta Jalan Kuala Kedah-Yan  " . Boleh la stop tepi jalan. Berselfie dulu buat kenangan. Bukan selalu nak dapat rasa detik detik indah macam ni. Nanti menyesal pulak. Kempunan tak sudah. Alamatnya beli pokok ni tanam depan rumah la nampaknya. Dalam rumah pun boleh jugak sebenarnya. Haha. Jom. Saya kongsikan lagi gambar gambar fenomena musim bunga Sakura di Kedah.












Rasanya sampai sini saya entry saya kali ni.
Moga terhibur dengan bunga bunga ni.
Kalau nak tengok, mai la Kedah.
Kita jumpa lagi nanti.
Assalamualaikum :)

Thursday, 3 April 2014

Kalau sayang dia, jangan sentuh dia



Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.
Lama tak update, sibuk dengan study siket.
Bila ada waktu lapang macam ni lah baru boleh update.
Okey, untuk entry saya kali ni, saya nak cerita pasal perhubungan.
Perhubungan antara lelaki dan perempuan sebagai kita orang Islam nih.
Cerita ni takde kena mengena dengan sesiapa, sekiranya ada, itu hanya kebetulan.
Jom layan ~



Dia ingin memberitahu sesuatu perkara kepada kekasihnya. Tetapi dia takut nak cakap benda yang dia ingin cakapkan. Tapi dia paksa diri untuk cakapkan jugak kepada kekasihnya itu. Dia pun message pakwe dia. Segalanya bermula begini ~

P/S : AYAT DALAM KURUNGAN TU AYAT YANG DI CAKAP DALAM HATI.


Si gadis : Assalamualaikum abang. Abang sibuk tak ?

Si jejaka : W'salam sayang. Abang tak sibuk pun. Lepak depan tv je. Kenapa sayang ? Rindu eaa ? Hehe. ( Kalau aku tak cakap pun aku tahu dia rindu aku )

Si gadis : Sayang ingat abang sibuk. Hee. Ehh. Ngadenye. Dah tahu tanya lagi. Sayang nak cakap something dengan abang boleh ? ( Macam mana aku nak mula ni. Adoiii. Ahh. Cakap jelah. )

Si jejaka : Hehe. Abang tau sayang rindu abang. Abang saje je tanya. Jangan marah eh ? Sayang nak cakap apa ni ? Macam serius je ? ( Dia nak tanye ape ni ? Kenapa aku risau ni ? Ahh. Sabar sabar )

Si gadis : Abang ni jahat tau. Suka usik sayang. Tak marah pun. Sayang kan sayang abang. Ehh. Kenapa pulak nak takut. Abang jangan fikir bukan bukan tau. Semalam sayang ada pergi ceramah. Dia ada cerita pasal percintaan manusia. ( Agak agak dia boleh terima ke ape aku nak cakap ni ? Harap sangat dia paham. Hmm )

Si jejaka : Alaaa. Kita gurau pun tak boleh. Sayang kan tahu abang ni macam mana. Ehh tak la. Abang tak fikir bukan bukan pun. Oh yeke ? Kenapa sayang ? ( Ahh sudah. Apa dia nak cakap ni. Hope baik baik semuanya )

Si gadis : Yee. Sayang paham. Macam ni. Dalam ceramah ustaz tu, dia ada cakap kalau sayang, jangan pegang. Kalau sayang, didik dia. Kalau sayang, jaga dia betul betul. ( Aku harap dia tak marah aku. Aku nak jadi yang terbaik dalam hidup dia )


* Si jejaka diam seketika, Selepas itu baru dia membalas msg kekasihnya itu *


Si jejaka : Oh yeke ? Kenapa sayang cerita kat abang semua ni ? ( Hmm. Aku paham apa dia cuba sampaikan untuk aku )

Si gadis : Sayang harap abang tak marah sayang. Selama ni kita jahil. Kita selalu buat benda yang Islam larang. Kita selalu berpegang tangan sana sini. Kita selalu keluar berdua tak bawak orang lain untuk teman. Kita selalu main cuit cuit hidung. Walaupun sayang tau semua ni salah, tapi sayang buat jugak sebab sayang tak nak abang kecewa dengan sayang. Tapi sayang tak boleh lagi nak ikut kehendak abang lepas ni. Sayang nak berubah. Sayang dah banyak buat dosa pada Allah. Abang. Abang sayang saya kan ? Kalau abang sayang, sayang harap abang jugak boleh berubah. ( Ya Allah, puasnya bila dapat luah semua benda ni. Harap sangat dia paham apa aku cakap ) * Air matanya menitis *


* Si jejaka jadi kelu dan diam membisu beberapa minit. Kemudian dia membalas semula *


Si jejaka : Boleh sayang. Abang paham apa yang sayang cuba sampaikan. Abang banyak rosakkan sayang. Abang ni jahat. Abang pegang sayang. Abang bawak sayang sana sini. Tengok wayang. Dating. Abang paham sayang. Tapi parents sayang izinkan abang bawak sayang kan ? ( Hmm. Dia cakap benda betul. Aku ni jahat. Jahat sangat. Allah. Maafkan aku Ya Allah. Jahilnya aku selama ni ) * Si jejaka juga menitis air mata *

Si gadis : Yaa abang. Memang parents sayang izinkan abang. Tapi abang kena tahu. Selagi sayang tak jadi isteri abang, dosa sayang ayah sayang yang tanggung. Sayang tak sanggup tengok segala dosa yang kita buat ni ayah sayang yang tanggung. Cuba abang bayang, anak gadis abang keluar dengan lelaki yang belum halal lagi berpegang sana sini ? Duduk berdua dua ? Dosa anak abang, abang yang tanggung. Abang sanggup ? Hmm. Islam ni indah. Islam ni mudah. Cinta ni lumrah. Allah yang hadirkan cinta dalam hidup seseorang. Cinta tak salah, yang salah cara kita menunaikan cinta kita. Dulu kita teruk sangat kan. Sayang nak jadi yang terbaik dalam hidup abang. Sayang nak jadi wanita yang solehah. Bila abang tengok sayang, abang jadi tenang. Bila sayang tengok abang, sayang jadi tenang. Itu yang sayang nak sebenarnya. Abang. Sayang faham abang nak jadikan sayang isteri abang. Tapi abang, sebelum sayang jadi isteri abang. Boleh abang jaga sayang dengan baik ? Maksud sayang, jaga tu macam mendidik sayang jadi wanita yang dipandang mulia oleh Allah. Wanita yang dekat dengan Allah. Wanita yang Allah sayang. Abang. Sayang nak sangat abang didik sayang. Didik jadi seorang wanita yang solehah. Jadi isteri yang terbaik untuk abang nanti. Sayang nak jadi isteri abang. Nak jadi bidadari abang. Sayang nak cinta kita ni sampai syurga. Bukannya cinta yang membawa ke lembah neraka. Abang, kita berubah bang. ( Alhamdulillah. Lepas jugak segala yang aku pendam. Semoga dia dapat terima permintaan aku ) * Mengalir air jernis di pipinya *

Si jejaka : Baik sayang. Bila abang fikir balik apa yang kita buat selama ni, betapa jahilnya kita. Banyak sangat dosa yang kita buat selama ni. Kita tak pernah risau pun kan Allah tengah melihat kita setiap masa apa yang kita buat. Sayang, abang mintak maaf dengan segala yang abang buat pada sayang. Allah bagi abang wanita yang baik, tapi abang rosakkan sayang. Abang janji dengan sayang. Abang akan berubah. Abang akan didik sayang jadi wanita terbaik dalam hidup abang. Terima kasih sayang sebab buka hati abang yang selama ni telah lenyap dinoda nafsu semata mata. Terima kasih sayang. Alhamdulillah. Allah masih lagi bagi abang peluang untuk berubah dengan menghadirkan seorang perempuan yang menegur kesilapan abang selama ni. Allah * Si jejaka terus menitis air matanya dengan laju * . Sayang, adakah kita tak boleh keluar lagi lepas ni ? Adakah kita tak boleh contact lagi lepas ni ? ( Terima kasih Allah, sebab hadirkan aku wanita sebaik ini untuk aku )

Si gadis : Alhamdulillah. Jangan risau abang. Kita sama sama berubah. Kita sama sama tegur kalau ada salah. Abang, terima kasih sebab sudi dengar apa yang sayang ingin sampaikan. Terima kasih jugak sebab abang sudi terima permintaan sayang untuk berubah. Lelaki yang baik untuk perempuan baik. Ehh. Boleh je abang. Kita boleh keluar tapi kena ada orang yang temankan kita agar tak jadi maksiat bila ada yang temankan kita keluar. Ajak lah adik, abang, kakak sekalipun. Asalkan ada teman. Nak contact pon boleh. Abang kan bakal suami sayang nanti. Asalkan perbualan kita tak menjerumus kepada zina sudah la. Islam kan indah. Islam itu memudahkan bukan menyiksakan kita. ( Alhamdulillah. Akhirnya dia sudi berubah untuk keluar dari dunia hitam )


Si jejaka : Alhamdulillah. Terima kasih sayang. Baik. InsyaAllah sayang. Sayang bagi abang masa sikit lagi boleh ? Abang dah ada rumah. Abang dah ada kereta. Abang dah ada sayang. Duit pun dah ada tapi kena tambah sikit lagi. Nanti abang ingat nak bawak sayang jumpa mak ayah abang. Nak bagi mak ayah abang kenal sayang. Tapi, boleh tak kalau sayang bawak abang pegi rumah mak ayah sayang jugak ? Abang nak jumpa mak ayah sayang. InsyaAllah, hujung tahun ni abang akan hantar rombongan meminang. Kita kawin ye sayang. 

Si gadis : Boleh abang. Sayang tak kisah. Sayang boleh tunggu. Betul ke abang nak bawak sayang jumpa mak ayah abang ? Eeee. Bestnyaa. Boleh boleh. Nanti sayang bawak abang jumpa mak ayah sayang eh. Kahwin ? Alhamdulillah. Boleh abang. Dah lama sayang tunggu abang cakap macam ni. Terima kasih :)

Si jejaka : InsyaAllah sayang. Abang harap hubungan kita ni diredhai oleh Allah. Semoga Allah terima perubahan yang kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. InsyaAllah, semoga hubungan kita sampai syurga Allah. Aminn.

Si gadis : InsyaAllah abang. Aminn.


Tamat.
Tu saja ceritanya.
Cerita ni rekaan saya sendiri.
Terima kasih sebab sudi baca entry saya.
InsyaAllah, kita jumpa lagi di lain masa yaa.

CINTA INI ANUGERAH TERINDAH ILAHI. CINTA ITU INDAH. CINTA ITU SUCI. JANGAN KOTORKAN CINTA. TUNAILAH CINTA DENGAN CARA YANG ISLAM AJAR. JANGAN AMBIL PEREMPUAN SEBAGAI KEKASIH KALAU KITA TIDAK MAHU JADIKAN DIA ISTERI.

INGATLAH LELAKI, KALAU SAYANG DIA, JANGAN SENTUH DIA.

Asslamualaikum :')
KakiBlog