Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Saturday, 17 August 2013

Kisah Seram Realiti

Assalamualaikum.
Rasa macam dah lama aku tak tulis entry baru.
Kali ni aku nak cite pasal kisah seram aku sendiri.
Ada banyak kisah seram yang penah alami selama nieh.
Dalam entry sebelum ni aku pernah cite pasal kisah seram di politeknik dengan rumah sewa.
Jom dengar apa aku nak cite nieh.

Benda ni jadi kat taman aku.
Belakang rumah jiran aku.
Time tu pukul 4 pagi.
Masa tu memang aku tak boleh tido.
So, aku main game je lah dalam phone aku.
Masa tu memang aku tak perasan lagi bunyi something yang pelik.

Time aku tengah kusyuk main tu, tetiba aku dengar something.
Bunyi dia seriously macam bunyi orang tengah guna penyodok tanah.
Bunyi dia macam dia tengah menyodok pasir then letak dalam kereta sorong tayar tiga tu.
Aku pun time tu aku ingat khayalan aku je lah, so aku buat tak tahu je.

Tapi lepas 2 minit uh dia bunyi lagi.
Kali ni bunyi dia memang lain macam siket.
Aku dapat dengar dia guna penyodok tu untuk menyodok pasir then baling pasir tu atas bumbong.
Belakang rumah aku ni ada bengkel kereta.
Aku dengar dia baling pasir tu atas bumbong bengkel belakang rumah jiran aku.

Rumah jiran aku dengan rumah aku ni selang (beza) satu rumah je.
So, aku memang boleh dengar jelas ah bunyi benda tu.
Banyak kali jugak ah dia buat benda yang sama.
Dia menyodok pasir letak dalam trolly tayar tiga uh pastu dia baling atas bumbong.

Aku pun rasa macam tak sedap hati ah.
Then aku dengan muka berani (kononnya lah) sanggup buka tingkap dapur.
Aku skodeng punya skodeng tak nampak benda apa pun.
Puas jugak ah aku skodeng benda sape yang buat benda tu pepagi buta nieh.
Tapi habuk pun takdo.

Last skali aku pun masuk bilik then skodeng melalui tingkap bilik aku.
Puas jugak aku skodeng macam aku skodeng dekat dapur tadi.
Tak nampak langsung sape yang buat benda tu.
Aku pun jadi fedup ah then aku pun buat donno je.
Lama jugak ah benda tu bunyi dalam 10 minit camtu.

Esok petang uh aku tanya ah jiran aku tu ada tak dia dengar bunyi macam aku dengar tu.
Kebetulan benda tu jadi belakang rumah dia.
Dia cakap YES ( muka tengah cuak ), dia ada dengar bunyi benda tu.
Time tu dia terjaga dari tido pastu dia nak buat solat tahajjud.
Masa dia nak solat uh dia dengar bunyi benda tu betul betul belakang rumah dia.
Dia nak buka tingkap kat dapur tapi dia takut.
Pastu dia ajak suami dia suruh suami dia pergi tengok.
Suami dia pun tak berani jugak sebab time tu pukul 4 pagi.

Time tu dia memang dah syak tu bukan manusia sebab mana ada orang buat kerja macam tu pepagi buta.
Aku pun masa tu terasa jugak ah benda tu bukan orang biasa.
Takkan orang nak baling pasir atas bumbong sesuka hati.

Malam tu jugak aku search kat google.
Cari punya cari lastly aku jumpa jugak.
Ada orang cakap kalau dengar bunyi pasir jatuh atas bumbong.
Tu semua kerja hantu raya.

Time aku baca artikel tu memang aku cuak gaban.
Seriously aku memang tak expect gila semua tu kerja hantu raya.
Aku agak benda ni datang dari kampung yang berdekatan dengan taman aku.
Dalam taman aku ni ada kampung. Tu yang membuatkan taman aku ni unik.

Maybe benda tu datang dari kampung tu.
Dalam kampung tu ada sorang ni dia jaga benda tu.
Tapi tuan yang jaga benda tu dah meninggal 6 tahun mungkin.
So, benda tu macam bebas tak tentu arah ah.

Aku harap benda ni tak kacau lagi ah taman nieh
Dah la ada something yang bertenggek dekat Tempat pembuangan sampah taman aku nieh.
Tambah pulak dengan kes nih.
Hope takde pape yang berlaku ah pasni.

Haaa.
Tu jelah aku nak cita kat korang semua.
Satu je aku nak cakap, semua tempat ada makhluk halus nieh.
Lindungilah diri kita dengan Ayat KURSI dan disertai dengan tiga surah yang lebih dikenali sebagai TIGA KUL tu.

Sampai sini je kot aku punya story.
Nanti ada masa aku cite benda lain pulak eh.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.
Assalamualaikum.


1 comment:

KakiBlog