Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Saturday, 16 February 2013

Meteor Jatuh di Russia

Assalamualaikum semua :D
Tetiba je aku update tengah malam camni.
Aku bukan apa, just nak update pasal meteor yang jatuh kat RUSSIA tu ha.

LISTEN !! LISTEN !! LISTEN !!
Aku nak cite ni ha.

Pada tarikh "14/2/2013" telah berlaku satu kejadian yang tak diduga.
Tahi bintang atau METEOR telah menghentam bumi RUSSIA pada tarikh tersebut.
Apa yang buat aku pelik, pihak NASA sendiri tak dapat kesan meteor tu jatuh ke bumi.

Itu membuktikan "Sehebat atau secanggih mana ciptaan manusia, ia masih belum mampu mengatasi ujian ALLAH" . Dalam diam-diam meteor boleh menghentam bumi.

.Mungkin semua ni amaran ALLAH untuk kita semua .
Segala benda boleh berlaku sebab kita ni umat "AKHIR ZAMAN" .
Semua ni terjadi mungkin banyak perkara mungkar kita dah buat kat dunia nieh.

Kat bawah ni ada gambar meteor yang jatuh kat RUSSIA tu ha.





Laut sudah melantunkan "TSUNAMI" .
Gunung sudah melantunkan "LARVA" .
Tanah telah melantunkan "GEMPA BUMI" .
Kini tiba giliran langit melantunkan "METEOR" .

Kejadian ni pulak berlaku pada "VALENTINE DAY" .
Hari paling bangang seantero dunia .
Allah dah bagi peringatan supaya jangan melakukan/sambut sesuatu upacara orang KRISTIAN.

Okeh.
Sampai sini saja aku update.
Nanti kalau ada masa lagi, aku update kay.

See you soon.

Monday, 11 February 2013

Keajaiban Angka 7

Assalamualaikum.
Sumpah aku rindu blog aku.
Habis berhabuk blog aku sebab lama tak update.

Hari ni aku nak update pasal angka 7.
Kalau tak asyik update pasal hantu je memanjang. HOHO !!

Here we go !!
LISTEN !! LISTEN !! LISTEN !!

Angka 7 memiliki keistimewaannya di sisi ALLAH.
Antara kelebihan angka 7 ini adalah :

  • 7 lapisan langit.
  • 7 lapisan bumi.
  • 7 ayat dalam surah Al-Fatihah termasuk Bismillah.
  • 7 anggota badan menyentuh bumi ketika sujud iaitu "Dahi, dua tapak tangan, dua lutut & dua kaki".
  • 7 takbir dalam rakaat pertama solat hari raya.
  • 7 pintu syurga.
  • 7 pintu neraka.
  • 7 hari dalam seminggu.
  • 7 benua.
  • 7 lautan di bumi.
  • 7 warna pelangi.
  • 7 juga adalah nilai "NEUTRAL" iaitu antara sifat asid dan alkali.
  • 7 atom karbon dalam setiap molekul.
  • 7 tulang belakang leher yang menyambungkan kepala.
  • Solat diperintahkan kepada budak yang mencapai usia 7 tahun
  • Ibadah yang dilakukan ketika menunaikan haji seperti "Sai , Melontar & Tawaf" dilakukan 7 kali.

Tudiaaa.
Amacammm.
Confirm teruja kan.

Apa ada disebalik angka 7 nieh.
Hanya ALLAH saja yang mengetahui.

Mungkin sampai sini saja aku update.


Pergi TESCO cari maggi.
Ada masa aku update lagi.

Berpantun pulak.
Hahaha.
KakiBlog