Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Tuesday, 30 October 2012

New York Lumpuh Akibat Taufan Sandy

Tahukah anda.
Say pun mula-2 memang tak tahu fasal taufan nieh.
Then bila terbaca kat akhbar dan media massa,
baru saya tahu fasal kejadian TAUFAN SANDY nieh.

Nak tahu tak ?
Amerika Syarikat sedang berada dalam keadaan berjaga-2.
Taufan ini telah melanda beberapa tempat.
Salah satunya di Atlantic City, di New Jersey.
Lihat gambar di bawah.


Begitulah keadaan di Atlantic City, New Jersey.
Dah macam tsunami je saya tengok.

Maybe semua ini ada sebab.
Sebab apa?
Hanya Tuhan yang mengetahui.

Saya ada menyediakan beberapa lagi gambar di bawah.


Teruk kan ?


Lihatlah bertapa menakjubkan kuasa Allah.


MasyaAllah.

Akhir kata .
Janganlah kacau dan menindas umat ISLAM.
Inilah balasanya yang diterima.

Sunday, 14 October 2012

Lawak Baru Berkahwin Dan Setelah Lama Berkahwin


Sebelum Tido:
- 6 minggu: Selamat malam sayaaang, mimpi indah-2 taw, muaxh.
- 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
- 6 tahun: Sana sikit lah. Tido kalau tak himpit tak bole ke ?
- More than 10 years : Tido asing-2. Laki tido depan tv, bini tido ngan anak-2.

Pakai Toilet:
- 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh.
- 6 bulan: Masih lama lagi ke nih ?
- 6 tahun: Woii !! Kau nak betapa pon jangan dalam nieh. Pegi ah Gunung Ledang sana.

Balas SMS:
- 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
- 6 bulan: Trafik jam ah .
- 6 tahun: K..
- 16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) 

Dating process:
- 6 minggu: I love U, I love U, I love U.
- 6 bulan: Of course I love U.
- 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
- More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? I Love You bagai . 

Pulang Kerje:
- 6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
- 6 bulan : I’m BACK!!
- 6 tahun: I dah balik . Jangan kacau i .

Hadiah (ulang tahun):
- 6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni .
- 6 bulan: I belikan rantai untuk u .
- 6 tahun: I beli kek je untuk u .
- More Than 10 Years : Hadiah ? Anniversary ? Bila ? Tak ingat pon ?

Telefon:
- 6 minggu: Baby, phone u bunyi :D
- 6 bulan: Eh… Your phone .
- 6 tahun: Woii !! Phone bangang sape yang bunyi nieh !!

Masakan:
- 6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak. Rasa pun sedappp .
- 6 bulan: Kita makan apa malam ini ?
- 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI ?
- 10 Than 10 Years : Today balik lambat, i makan kat luar dengan awek baru .

Memaafkan:
- 6 minggu: Sudahlah, takpe, dah pecah pun, nanti kita beli yang lain eh .
- 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh pulak benda tu.
- 6 tahun: Tengok !! Orang dah cakap dari 6 bulan yang lalu lagi tapi u tetap tak paham !!

Baju baru:
- 6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu.
- 6 bulan: Lah. Beli baju baru lagi ?
- 6 tahun: Woii !! Kau tengok muka aku ni macam muka ZETI AZIZ ke ha .

Merancangkan Holiday:
- 6 minggu: Macam mana kalau kita holiday kat Amerika atau tempat-2 yg U suka ?
- 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang je ler. Senang sikit tak perlu naik flight.
- 6 tahun: JALAN-JALAN? Awak jalan kat dapur tu dah ah .

TV:
- 6 minggu: Baby , jangan tukar channel taw :)
- 6 bulan : Sekejap ek, cite best nieh.
- 6 tahun: Aku tengah tengok nieh . Jangan memandai tukar channel .
- More Than 10 Years : Aku nak tengok TV pon tak senang . Tak habis-2 ajak bunuh syaitan .

Saturday, 13 October 2012

MisterBiawak Berbogel Depan PAVI ?

Fuiyooooo.
Kalau bab-2 macam ni laju je korang skodeng .
HAHAHAHAHA !!

Oke kita kembali kepada topik.
Masih ingat dengan JOHARI PAIN yang nak potong "anu" tu ?
Itu kes pasal Johari Pain nak potong anu jika Pandelela dapat pingat .
Kali nie lain sikit .

Ada sorang budak ni bajet je lebih .
Update status "Kalau Kelantan menang, aku post gambar bogel aku depan PAVI".
Dan ternyata KELANTAN menang dan layak ke Final Piala Malaysia 2012.

Teruknyeee.
Dah kenapa dengan orang zaman sekarang.
Nak cari publisiti dengan update status merepek-2 .
Cuba tengok pic kat bawah nieh .



Teruk betul budak nieh .
Lain kali pikir sebelum cakap .

Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata printscreen lah jawabnya .

Jangan tiru aksi diatas.

Wednesday, 10 October 2012

Sahabat Sejati Selamanya :D



Pertemuan kita di suatu hari .
Menitikan ukhwah yang sejati .
Bersyukurku ke hadrat ilahi .
Di atas jalinan yang suci.

Kehadiranmu dalam hidupku.
Bagaikan membawa sinar harapan.
Pahit manis perjuangan telah kita lalui bersama semasa kanak-2 dan remaja.
Semoga ia kekal hingga ke akhir hayat .

Wahai sahabat sejati.
Terima kasih kerana sudi menemani.
Engkau selalu mendengar rintihan dan luahan hati ini.
Ketawa, sedih kita akan kongsi bersama.

Duhai sahabat sejati.
Semoga ia kekal dunia akhirat.
Aku berdoa agar engkau berjaya dunia akhirat.
Terima kasih sahabat sejati.


Tuesday, 9 October 2012

Awak ! Dengar luahan hati saya !

Awakkk .
Hari ni awak exam PMR kan.
Saya doakan awak berjaya dengan cemerlang.

Kalau awak nak tahu.
Awak tetap dalam hati saya sampai bila-2.
Teringat time kita satu team dalam kadet polis masa tahun lepas.

Awak !
Saya nak awak berjaya .
Bukan setakat dunia tapi akhirat sekali.

Tahun lepas !
Awaklah yang bagi semangat masa saya SPM.
Sekarang saya pulak doakan untuk awak .

InsyaAllah awak dapat 8A.
GoodLuck !

Chord Lagu AdaMu - Najwa Latif

Hari ni aku berbesar hati nak share chord lagu Najwa Latif - AdaMu 
yang tengah top sekarang.


Intro : B Dbm A E .

Hoooo. Woooo.
Hoooo. Ouuuuu.

(B Dbm)
Merenung ke luar jendela
(A E)
Melihat kebesarannya.
(B Dbm)
Mensyukuri segala nikmat.
(A E)
Yang dikurniakan di dunia.

(B Dbm)
Kau berikan ku kekuatan.
(A E)
Tuk berpegang pada jalan.
(B Dbm)
Walau penuh dengan cabaran.
(A E)
Ku tahu ku adaMu Tuhan.

(B)
Kerna kau yang satu.
(Dbm)
Yang setia bersamaku.
(A)
Dikala ku jatuh.
(E)
Ku bangkit kernaMu.

(B)
Ku tahu ku adaMu.
(Dbm)
Disisiku selalu.
(A)
Bantulah hambamu.
(E)
Mencari keredhaanMu.

(B Dbm)
Hoooo. Wooo
(A E)

Tension Blog Lama Hilang.

Assalamualaikum.

Amacam hari korang ?
Ceria macam biasa atau sedih ?
Pape pon semoga korang ceria selalu kay.

Aku sebenarnya tengah frust sebab blog lama aku hilang.
Dah kenapa boleh hilang pon aku tak tahu lah.
Maybe sebab aku format lappy ni kot.

Tapi takpe ah sebab bukan susah pon buat blog baru.
Sampai sini saja aku nak merepek.
K ah korang.
Assalamualaikum.

KakiBlog