Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Thursday, 23 April 2015

Terjumpa Qarin Di Asrama Polimas

Assalamualaikum warga blogger.


Kita jumpa lagi. Ketahuilah awak awak semua, saat aku menulis artikel ini, waktu menunjukkan pukul 12.40 tengah malam. Menghampiri jam 1 pagi. Tapi demi pembaca, aku gagahkan diri menarik tangan untuk menaip lagi satu cerita. Entah la, tak pasti sama ada ni cerita seram atau sebaliknya. Awak semua nilailah sendiri selepas awak semua baca. Hiks. Orite. Jom mula.


Semester 1. Bangunan 4 tingkat. Bilik di tingkat 4. Kejadian tu berlaku waktu malam selepas jam 12. Petang sebelum kejadian, roommate aku ada cakap dia tak balik bilik malam ni sebab dia nak balik rumah katanya. Rindu mak dia mungkin. Yelah, kan duduk asrama. Gila tak rindu family. Haha.


Cerita dia bermula time malam tu, time tengah lepak kat koridor ambek angin bagai, kawan baik aku lalu. Dia duduk bilik lain. Aku duduk bilik lain. Dia kawan aku sejak form 1 sampai sekarang. Dapat poli sama. Dapat kos sama. Kahkah. Malam tu kebetulan dia lalu depan bilik aku, aku panggil dia. Aku cakap yang roommate aku takda. Dia balik rumah. Ko tido la bilik aku malam ni. Seram pulak duk sorang. Dia steady je cakap okey then dia cakap tunggu jap, aku nak balik bilik aku jap. Japgi aku datang. Ada dalam 20 minit lepas tu, dia datang. Dia ketuk pintu bilik aku. Aku suruh dia bukak sebab aku tak kunci pintu. Dia masuk siap bagi salam. Malam tu sembang rancak ah sebab dapat duduk sebilik. Sebelum ni susah. So, nak dijadikan cerita, sebelum tido, aku baca ayat kursi, 3 kul doa tido dan seangkatan dengannya. Lepas baca, aku usya kawan aku, dia pun baca doa apa semua sebelum tido. Kawan aku ni memang baik, bagus, semua ah. Esok pagi tu, kami bangun awal macam biasa pegi surau.


Okey, aku nak pendekkan cerita, masa aku sem 4, time tu aku praktikal. Tengah rancak sembang cerita hantu, aku buka mulut. Aku cakap macam ni, " selamat ko ada bro teman aku malam yang roommate aku balik tu. takda la takut sangat. Boleh sembang bagai ". Ehh lupa pulak, kawan aku ni, dia praktikal satu tempat dengan aku. Kahkah. Memang sehati sejiwa siot. Hahaha. Okey. Kita sambung. Korang tahu kawan aku cakap apa ?

Dia cakap, bila masa aku tido dengan ko. Aku tido bilik aku. Sumpah aku tak pernah tido bilik ko pon. Ko dah kenapa cakap aku tido bilik ko. Korang tau apa aku rasa time tu, macam nak gugur jantung. Nak meletup. Allah. Aku jadi lemah bhaiii time tu even benda tu dalam lama jadi. Aku tanya dia sekali lagi, maybe dia lupa yang dia penah tido dengan aku. Dia cakap, sumpah aku tak pernah tido dengan ko. Aku takda masa nak menipu ko bro.

Aku memang percaya cakap dia sebab aku kenal dia lama dah. Dia memang jujur. Tak pernah tipu aku sepanjang aku kenal dia. Jadi, aku pecaya apa dia cakap. Korang bayang la sendiri. Malam tu aku tido dengan sapa ? Aku sembang dengan sapa ? Siapa yang baca doa tido dengan tiga qul bagai tu ? Siapa woiiiii ? Lepas pada tu, aku yakin malam tu mungkin qarin dia. Tapi yang aku confius, qarin baca doa tido apa semua. Hok alohhhhh. Pening aku. Tahu apa jadi dengan aku lepas dapat tahu cerita sebenar ? Aku demam 2 hari. Penangan qarin punya pasal.


Okey. Tu je aku nak cerita Dah lewat. Seram sejuk pulak aku rasa masa tengah type cerita ni. Allahu Akhbar. Lindungilah aku dari segala gangguan. Aamiin.


Sampai jumpa lagi ya semua. Tolong bagi feedback apa yang aku tanya awal awal tadi, ni cerita seram atau bla bla bla bla bla. Hahaha. Assalamualaikum geng.
KakiBlog