Selamat Datang Awak :D

Terima Kasih kerana sudi menjejak kaki ke blog saya yang tak hensem nieh. Kalau dah masuk blog saya, jangan lupa follow taw. Sayang korang semua :D

Sunday 12 May 2013

Novel VILA AMIRA SYAKILA Memang Terbaik

Assalamualaikum !!
Lama gaban aku tak update blog.
Siap ada sarang labah-labah lagi dalam nieh.

Okeh.
Kali ni aku nak kongsi pasal sebuah novel genre SERAM yang bertajuk VILA AMIRA SYAKILA.
Aku ni just layan novel genre seram je, novel pasal cinta memang aku kureng minat.



Jom aku nak cita siket pasal novel nieh.
Seriously aku rasa ini lah novel paling best penah aku baca.
Kalau tak memang aku tak cita ah kat blog aku.

Novel ni best, seram, sedih, emosi dan dia juga banyak guna mental kita.
Kita yang baca pun boleh jadi gila. Ahaks.
Kita rasa macam ada kat tempat dia bila baca.
Cerita dia ni seperti DEJAVU.
Mimpi menjadi realiti.
Aku tulis sikiet sinopsis cerita dia.

FARRA AMALINA seorang gadis yang suka menulis cerita tentang dunia mistik.
Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa ada sebuah vila di daerahnya mempunyai unsur-unsur misteri.
Dia berminat menjadikan vila itu sebagai bahan novelnya. 
Walaupun ditentang ibunya, SITI HAIRANI, hajatnya diteruskan juga.
Setelah tiga hari menetap di vila itu, FARRA AMALINA diganggu.
Dengan sendirinya cerita yang tidak ada dalam bab yang dikarang, tiba-tiba sahaja tercatat di situ.
Makhluk itu membuat huru-hara dan FARRA AMALINA kini berada di alam lain di mana dia terpaksa menyelesaikan masalah AMIRA SYAKILA dan mencari mangsa pembunuhnya.

Amacam sinopsis dia ? Okeh tak ? Seram tak ? Best tak ? Pelik tak ?
Banyak pulak aku tanya kan. Hahaha.
Kalau nak tahu korang boleh la cari kat kedai buku seluruh Malaysia.
Sumpah memang tak rugi kalau korang beli sebab memang terbaik ah novel Vila Amira Syakila.

Kalau korang nak tahu sebenarnya ~

Vila itu milik AMIRA SYAKILA hadiah dari suami sempena hari perkahwinan mereka.
Hidup mereka bahagia sehingga dicemburi oleh dua orang lelaki yang telah lama sukakan AMIRA SYAKILA. Sampai satu masa ketika AMIRA SYAKILA tengah mengandung 9 bulan dan hanya menunggu masa untuk bersalin, tiba-tiba dua orang telah datang iaitu DANI dan FIZUL. Mereka datang untuk membalas dendam sebab AMIRA SYAKILA menolak lamaran mereka dulu.
Mereka telah membunuh suaminya dengan kerat lapan. Begitupun AMIRA SYAKILA telah beranak ketika dalam pergelutan itu. FIZUL menyambut bayi itu lalu menyuruh kawannya DANI memberi bayi itu kepada orang yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak iaitu IMRAN HANEEF dan SITI HAIRANI yakni ayah kepada FARRA AMALINA. Setelah kelahiran itu, AMIRA SYAKILA terus dibunuh dengan kerat lapan seperti suaminya dan mayat mereka di tanah bawah sebatang pokok besar yang mempunyai sebuah buaian cantik. Sejak dari itulah roh AMIRA SYAKILA telah muncul di VILA tersebut sehingga kini demi mencari pembunuhnya serta suaminya disamping untuk mencari anak dia semuala. Kerja-kerja membalas dendam itu telah terlaksana setelah AMIRA SYAKILA mengguna tubuh FARRA AMALINA untuk membunuh DANI dan FIRUL. AMIRA SYAKILA memulakan misi membalas dendam ketika FARRA AMALINA sedang tidur. Tetapi FARRA AMALINA sedar perbuatan AMIRA SYAKILA yang mengguna tubuhnya untuk membalas dendam dalam mimpi. Dalam mimpi itulah FARRA AMALINA bermimpi DANI dan FIZUL dibunuh dengan kejam. Apabila tersedar dari tidur, FARRA AMALINA berfikir itu cuma mimpi tetapi sebenarnya ia benar-benar terjadi. Ia seakan menjadi realiti. Ia seakan FARRA AMALINA sendiri yang membunuh sebab terdapat kesan darah pada baju ketika dia bangun tidur.

Aku malas nak cita pepanjang.
Kalau nak tahu mohon beli dan baca sendiri.
Meh aku cita akhir-akhir bab dalam novel nieh.

Sebenarnya FARRA AMILINA dapat tahu bayi yang dilahirkan oleh AMIRA SYAKILA itu pada masa dulu sebelum ibunya dibunuh ialah dia sendiri. SITI HAIRANI dan IMRAN HANEEF itu hanya mak dan ayah angkat. Akhirnya FARRA AMALINA buat keputusan untuk mengikut ibunya ke alam satu lagi. Manakala roh AMIRA SYAKILA telah berjanji bahawa ibu AMIRA SYAKILA akan mengandung. Dan tunang kepada FARRA AMALINA akan berkahwin dengan anak yang bakal dilahirkan oleh SITI HAIRANI.

Okeh dah habis.
Mohon beli dan baca sendiri.

Akhir kata
" Permainan tidurkah mimpi itu ? Namun, kenapa ia seolah-olah realiti ? "

Sampai sini saja kay.
Assalamualaikum.
KakiBlog